SECANGKIR NELAYAN DALAM KOPI KEHIDUPAN
Dalam kopi ikhlas
ada perahu emas
mendayung sesudu lemas
hidup dengan ikan bebas
aroma buih-buih manis
baju tidak pernah kemas
basah deras lautan luas
rezeki indah bulan sebelas
titik lelah Tuhan balas
segala kudrat hampir terjejas
tiap musibah ada secangkir ruas
telan pahit syukur bertunas
Karya;
Gabriel Kimjuan
Kg. Pulau Akar,
Labuan, Malaysia.
Gabriel Kimjuan penulis kelahiran tahun 1988. Seorang penulis muda Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA). Karya beliau pernah tersiar di Utusan Borneo, New Sabah Times, Harian Ekspres, Sinar Harian, Suara Sarawak, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Selangor Kini. Malah, karya beliau juga pernah tersiar di majalah Wanita, Wadah, Tunas Cipta, Dewan Budaya dan di corong radio Malaysia, Labuan FM. Aktif berkarya di laman sosial facebook. Mempunyai 81 buah buku antologi bersama dan 100 karya eceran. Pernah menerima Anugerah Penulis Muda PERWILA tahun 2015. Pemenang anugerah ASEAN E-WRITER AWARD oleh E-Sastera Malaysia tahun 2016 dan Anugerah Aktivis Susastera tahun 2020 dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Mempunyai dua buah kumpulan puisi antaranya Benang Merah (2015) dan Bilik Istimewa (2017). Tahun 2019 sudah terbitkan sebuah buku baharu kumpulan puisi ketiga iaitu Sajak Bekerja
